Saturday, December 12, 2009

Terimalah Seadanya


Dalam hidup kadang-kala kita perlu terima suratan yang telah ditetapkan. Betul kata pepatah hidup ini adalah putaran roda iaitu kita tidak semestinya selalu berada di atas. Kita juga haruslah berhadapan dengan kemungkinan bahawa kita akan jatuh di bawah. Seharusnya kita kena merelakan untuk menerima segala dugaan dan cubaan yang telah ditetapkan. Ini adalah suatu permainan takdir yang mesti kita tempuhi walaupun kita akan berasa terlalu pahit untuk menelannya. Kenapa kita perlu bersedih? Bukankah semuanya ini hanya ingin menguji keimanan dan ketaqwaan kita kepadanya? Kenapa perlu menangisi permainan takdir? Hanya orang yang lemah sahaja mudah takut untuk menerima semuanya ini……..kita mesti menjadi insan yang kuat. Insan yang tidak pernah kalah dengan semuanya ini. Insan yang berani menerima risiko. Orang yang sempurna tidak akan menjadi sempurna kalau dia tidak pernah menempuh sebarang kegagalan dalam hidupnya. Untuk menjadi insan yang berjaya kita kenalah bermula dari bawah….orang yang tidak takut kalah adalah orang yang paling berani. Sampai bila kita ingin menjadi orang yang lemah? Cubalah untuk buangkan perasaan yang bermain dalam fikiran kita. Cuba bertenang dan fikirkan kenapa aku jadi begini? Kenapa aku terlalu lemah? Fikirkan apa yang kita akan dapat kalau kita terlalu memikirkan semuanya itu tanpa berbuat apa-apa. Mesti kita tak akan dapat sebarang hasil bukan? Begitulah kalau kita terlalu memikirkan benda yang terlalu sukar untuk dicapai dek akal.Ya kita tidak dapat menipu diri kita dengan perasaan aneh begitu. Tapi sampai bila kita harus selamanya menyeksa diri kita dengan semuanya ini tanpa ada sebarang jawapan hitam putihnya. Jangan terlalu taksub dengan sesuatu. Kadang-kadang semuanya ini lebih melukakan kalau kita terlalu memikirkan dan kita tak pasti kita akan dapatkannya atau tidak. Jadi fIkir-fikirkanlah……….

0 comments:

 
AWEK JIWANG KARAT.... Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template