Tuesday, December 22, 2009

Sembang-sembang


Untuk hari ni aku ingin berkongsi rasa dan berkongsi cerita mengenai sebuah artikel dalam akbar yang aku baca semalam. Tajuknya berbunyi Dia Kini Milik Sahabat Baikku. Bunyinya mcm biasa tapi bagi aku, aku cukup terasa kerana aku sendiri mengalami nasib yang sama cuma bezanya Dia Kini Milik Perempuan Lain Yang Aku Tak Kenali..memang menyakitkan hati tetapi bila kita berpaling pada Allah yang satu, kita akan bersyukur kerana mungkin Allah ingin menguji kita dan ingin menghadiahkan seorang lelaki yang lebih baik daripada si Dia. Walaupun pahit untuk menelannya tetapi kita haruslah berusaha dan bersabar menjadi manusia yang paling tabah. Memetik kata-kata dalam artikel tersebut, mungkin itulah istimewanya insan yang bergelar lelaki, pilihan di tangan mereka dan malang bagi wanita yang terpaksa akur walaupun pedinya umpama luka tertikam sembilu. Iya memang kita terpaksa akui, pilihan di tangan mereka dan kita hanyalah sebuah anak patung yang perlu bersiap sedia untuk dibuang atau terus berada di bawah jagaanya. Hina sangatkah kita di mata seorang lelaki? Namun, murah sangatkah perempuan yang terpaksa merampas hak perempuan yang lain? Ntahla, hanya mereka yang mengerti apa yang mereka lakukan. Betul juga kata si penulis, sesungguhnya tidak mudah untuk kita menegakkan tugu cinta dan bagaikan satu kesalahan untuk memiliki cinta, kerana kehadiran cinta belum pasti menjanjikan kebahagiaan. Waallahualam...

2 comments:

911 on December 22, 2009 at 2:24 PM said...

cam sedih je cerita.. tak semua lelaki cam tu. Ada juga yang baik, kan..

Apapun masing2 dengan pendapat sendiri...

Puteri Shahena on December 29, 2009 at 7:25 PM said...

sedih memang sedih tp dugaan ni kenala terima...huhuhu

 
AWEK JIWANG KARAT.... Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template