Thursday, December 24, 2009

Cinta Tidak Memerlukan Sebab


Seorang kawan ada mengirimkam satu email kepada saya. Apabila saya membaca setiap butiran ayat tersebut, perasaan saya cukup sedih. Benar bagai dikata, cinta sejati tidak memerlukan sebab dan kita tidak dapat menerangkan sebab sebenar kita mencintai seseorang. Sukar untuk diluahkan apatah lagi diungkapkan.

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan
di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah
bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada
si suami. Ini dialong mereka...

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu
abang memang cintakan Sayang.
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang
boleh katakan abang sayang dan cintakan saya
sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh
buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan
kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang
mempunyai suami dan teman lelaki yang tahu
menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi
dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan
sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata:

"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara
yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan
senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang
bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan
koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang
disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini:
Sayang, jika disebabkan suaramu, aku menyintaimy... sekarang bolehkah
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh
mencintai mu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang
bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh
mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu..... sekarang bolehkah
engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab?

Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak
perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak
boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

Itulah yang di namakan cinta.

2 comments:

yuyueyuliana on December 25, 2009 at 2:17 AM said...

cinta i2 buta.. :))

Puteri Shahena on December 31, 2009 at 10:14 PM said...

cinta tidak buta tp kebanyakan manusia yang membutakan cinta...

 
AWEK JIWANG KARAT.... Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template