Friday, February 5, 2010

JINAK-JINAK MERPATI

Ungkapan ini sebenarnya lebih membawa maksud untuk mentafsirkan karakter seseorang yang bersikap lembut, terlampau peramah, jinak, mudah didekati, mudah bergaul, senang diajak berbicara antara satu sama lain tetapi sekaligus sensitif, akan mudah menjauh bahkan akan menjadi begitu bahaya jika sedikit sahaja hatinya telah dilukai. Ungkapan seperti ini lebih ditujukan buat sang gadis atau dengan kata lain kepada seorang perempuan tetapi bukan ditujukan untuk semua perempuan cuma sebahagian sahaja. Jika kembali kepada makna asalnya, maksud ini berkait rapat dengan seseorang yang mengundang sekumpulan merpati dengan melemparkan biji-bijian. Apabila dilihat, sang merpati itu senang sekali untuk didekati bahkan hinggap serta bermain-main di atas pundak dan kepala. Ini menyebabkan ada yang mencuba untuk menangkapnya, tetapi tiada satu pun yang berhasil. Mungkin merpati juga mempunya kemahiran atau kemampuan untuk membaca gerak tangan orang yang berkeinginan untuk menangkapnya, bahkan juga isi hati orang tersebut. Merpati seperti tidak mahu lebih dekat pada orang yang melemparkan makanan dengan maksud menangkapnya. Merpati hanya mahu mendekati seseorang yang hanya jika kita mengundangnya tanpa syarat iaitu orang yang benar-benar ikhlas untuk mendekatinya.

Adakah aku dikategorikan seperti itu? Ramai yang beranggapan aku mudah didekati, terlampau peramah dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Tetapi sebenarnya, amat sukar untuk seseorang mendekati aku…Entahlah…aku sendiri pun tidak tahu. Hanya mereka yang mampu untuk menilai siapa aku dan bagaimana aku sebenarnya. Aku akui, aku mudah bergaul dengan orang ramai dan amat senang untuk menyertai sesiapa sahaja dalam pelbagai majlis. Namun, aku bukan orangnya yang boleh di bawa ke mana sahaja. Pergaulan aku masih lagi terbatas. Selagi Iman masih di dada dan selagi tunjuk ajar dan ajaran ibu bapa masih lagi aku pegang, aku tetap aku. Batas-batas pergaulan yang berlainan muhrim, masih tetap utuh dalam diri. Yupp…ramai yang boleh bergurau apa sahaja dengan aku kerana aku suka melayan sesiapa sahaja, tak kira dia tu siapa. Aku tak mengira darjat, rupa atau kelakuan. Bagi aku, selagi kita hambaNya, maka kita adalah sama di sisiNya. Tiada perbezaan. Berkawan biarlah seribu namun berkasih tetap pada yang satu. Itu yang penting. Namun, sebagai WANITA MUSLIM aku harus menjaga setiap pergaulan supaya diri kita lebih dihormati. Waallahualam!!!

7 comments:

pak long on February 5, 2010 at 11:37 PM said...

salam...
petikan entri...
.... "WANITA MUSLIM aku harus menjaga setiap pergaulan supaya diri kita lebih dihormati."...

pak long doakan moga berjaya didunia dan bahagia diakhirat..amin...

Puteri Shahena on February 6, 2010 at 2:56 PM said...

tenkiu pak long..harap2 mcm tu la.. amin...

captbokkhari on February 18, 2010 at 12:54 PM said...

salam,

Baik posting ni..wanita jinak-jinak merpati kdg-kdg terjerat sendiri dgn kemewahan dunia.

Tapi dihormati sekiranya mempertahankan asetnya.

Lps ni datang Baca post sana pulak pasal aurat wanita yg tutup atas, bawah terbuka...

Captain on February 19, 2010 at 10:11 AM said...

salam.

ok lah, tapi merpati yg jinak selalu diingini oleh byk lelaki. No pain no gain.

lagi satu, klik hadiah utk lihat hadiah Top 10 readers. Jgn lupa rekod kehadiran.

Puteri Shahena on February 19, 2010 at 12:42 PM said...

tenkiu atas komen yang membina..ok nanti puteri jenguk entry tu...

zella y on February 19, 2010 at 9:29 PM said...

setiap wanita harus tahu bats-batas pergaulan...

Puteri Shahena on February 20, 2010 at 8:13 PM said...

betul tu zella..jaga maruah dan peribadi..itu yang penting bagi kita semua yang bergelar wanita..

 
AWEK JIWANG KARAT.... Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template