Saturday, December 26, 2009

Kerana Lidah...


Tersebutlah suatu kisah, ada seorang pemuda yang sudah lama belajar di luar negeri kembali ke tanah air dengan angkuh dan sombong. Di dalam benaknya, telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Suatu hari beliau bertemu dengan seorang imam tua di tempatnya....

Pemuda : Bolehkah Pak Imam menjawab pertanyaan saya?
Imam : Saya hamba Allah dan dengan izinnya saya akan menjawab pertanyaan kamu!
Pemuda : Pak Imam yakin? Ramai professor dan orang pintar yang saya tanya tidak mampu
menjawab pertanyaan saya.
Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, InsyaAllah.
Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan
1. Kalau benar Tuhan itu ada tunjukkan wujud Tuhan kepada saya
2. Apakah yang dinamakan takdir?
3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang juga
dibuat daripada api, tentu tidak menyakitkan syaitan, sebab mereka memiliki unsur
yang sama. Apakah Tuhan tidak berfikir sejauh itu?

Dengan spontan Pak Imam tersebut menampar pipi si pemuda itu dengan amat kuat.

Imam : Saya tidak marah dan tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 soalan tadi
Pemuda : Saya tidak faham..........?
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih...
Imam : Jadi awak percaya sakit itu ada?
Pemuda : Ya...!!!
Imam : Tunjukkan pada saya wujudnya sakit itu atau macam mana rupanya...
Pemuda : Tak boleh Pak Imam...!?
Imam : Itulah jawapan kepada soalan pertama awak kerana kita merasakan kewujudan
Tuhan tanpa mampu melihat wujudNya
Imam : Adakah awak pernah bermimpi atau tahu saya akan menampar awa?
Pemuda : Tidak
Imam : Itulah yang dinamakn TAKDIR
Imam : Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak?
Pemuda : Kulit dan daging
Imam : Terbuat daripada apakah pipi awak itu?
Pemuda : Kulit dan daging
Imam : Bagaimanakah rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit dan pedih
Imam : Itulah...walaupun syaitan dibuat daripada api dan nerakan juga dari api, jika Tuhan
berkehendak, maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan bagi
syaitan...walaupun unsur asalnya adalah sama.....!
Pemuda : Allahuakbar!!!

0 comments:

 
AWEK JIWANG KARAT.... Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template