Saturday, January 9, 2010

PERGIMU TIDAK DIRANCANG

Dulu masa aku berada di form 6, aku seringkali terlibat dengan pertandingan pidato. Aku minat giler ngan pidato ni sehinggakan aku sampai ke peringkat kebangsaan dengan mewakili negeri Kelantan. So, semasa aku menghadiri pertandingan ini, ada seorang lelaki ingin berkenalan dengan ku. Tu pun melalui seorang kawan. Namun, sepanjang perkenalan kami, aku tidak pernah pun berjumpa dengannya apatah lagi berbual melalui telefon. Selama sebulan aku berkenalan dengan dia, aku menerima sepucuk surat darinya. Sungguh gembira aku saat itu, tapi alangkah terkejutnya apabila isi kandungan surat itu sungguh menyayat hati. Dia menyatakan bahawa dia x kan hidup lama kerana mengidap barah otak. Betapa luluhnya hati apabila menerima perkhabaran tersebut. MAcam x percaya pun ada. Keesokan harinya, aku telah menerima panggilan daripada seorang perempuan, meminta aku mendoakannya kerana saat itu dia begitu kritikal. Ya Allah, aku dah xtau nk cakap apa. Macam langit menghempap tubuh aku rasakan saat itu. Memang x sangka yang dia telah meninggalkan aku. Bagiku, bagaikan cerita dongeng. Namun hakikat tetap hakikat. Kenyataan walaupun pahit tetap kenyataan. Fantasi akan menjadi realiti namun realiti tak mungkin akan jadi fantasi. Dia telah meninggalkan aku buat selama-lamanya tanpa salam terakhir. Tapi surat dan baju yang diberikan untukku tetap utuh dalam jagaan ku sehingga saat ini. Walaupun aku tidak pernah mengenalinya namun aku berasa cukup bertuah mengenali dia saat itu. Mungkin silapnya aku tidak pernah memenuhi permintaanya untuk bertemu dengan ku. Bagiku, mungkin ada hikmah untuk semuanya ini.

Kau datang tidak dijemput
datang mu jua tidak ku sambut
kau hadir secara mengejut
menjadikan fikiran ku serabut

bermulalah jua episod perkenalan
yang tak pernah di duga apalagi dirancang
aku terima dalam paksaan
untuk menjaga sebuah perasaan

lama-kelamaan timbullah perasaan sayang
setiap hari wajah mu seringku terbayang
aku sentiasa berangan-angan
bersama-samamu dia atas kayangan

kita tidak pernah bersua-muka
apalagi untuk berseloka
aku tidak pernah mengenalimu wahai si jejaka
cukupku lihat gambarmu di dalam "locker"

aku perempuan yang tidak tahu apa-apa
yang diri diperhati setiap masa
aku hanyalah perempuan biasa
yang tidak mempunyai sebarang harta

dari teman ku tahu tentang dirimu
dari teman jua ku tahu siapa kamu
tetapi kita tak pernah merancang untuk bertemu
jauh sekali sama-sama menjamu

suatu hari ku terima berita
mengenai dirimu yang terlantar derita
adakah ini hanyalah satu cerita
atau pun jua takdir yang maha pencipta

jika difikirkan secara menyendiri
pemergianmu penuh misteri
bukan ku pertikaikan ketentuan yang diberi
tetapi ku ingin perkhabaran yang pasti

kalau diikutkan rasa hati
aku ingin pergi ke tempat asal mu nanti
untuk mencari jawapan yang bermain di sanubari
supaya kekeliruan dapat diatasi

jika benar kau telah kembali
aku terima dengan rela hati
memang telah tertulis sejak azali
kita berjumpa hanya sekali

KHAS BUAT TEMANKU,
ALLAHYARHAM PUTERA AHMAD FAIZAL RIZAL
SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROHMU
SEMOGA KAU DILETAKKAN DI KALANGAN ORANG-ORANG YANG SOLEH...AMIN

2 comments:

Mr. Asada on January 13, 2010 at 8:17 PM said...

alahai.. tersentuh baca entry ni..

Puteri Shahena on January 13, 2010 at 9:52 PM said...

ermmm..benda dah nak berlaku kan..so kena redha dan ikhlas je la...semua ada hikmahnya...

 
AWEK JIWANG KARAT.... Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template